Khamis, 23 Ogos 2018

CARA NAK PIKAT SI CINTA HATI (GIRLFRIEND OR BOYFRIEND)

Okay, aku nak tolong serba sedikit tips nak pikat si dia. Bukan apa, akhir-akhir ni aku tengok banyak betul post pasal heartbroken la, pasal single-mingle la.. Cuba korang check kat facebook. Aduhai..aku pun ikut sedih dengan komen-komen yang ala-ala drama melayu gitu..

Tips-tips yang aku bagi ni based on aku punya observation (aku ni pakar memerhati ragam manusia. Hee..)

...

Bila kau nak pikat orang ni, fizikal kau adalah yang paling first yang akan dinilai. Kau kena menang kat situ. Mesti score ye, anak-anak sekalian..


1. Penampilan mesti kemas dan rapi.

Kau tak handsome, kau tak cantik, tak payah kesah sangat pasal tu. Yang penting penampilan tu mesti kemas. Aku bagi tips untuk lelaki, korang kalau nak tahu, majority pompuan suka lelaki yang berambut pendek. Yang ni, tak dinafikan, memang fakta wei. Style-style tu, pandai-pandai la korang cari apa yang sesuai dengan diri masing-masing. Untuk pompuan pulak, hmm..takde tips lebih specific. Haha..sorry..


2. Wangi

Ni pun penting jugak. Sebab apa? Sebab dari wangian juga boleh menambat hati si dia. Contoh, aku bagi situation, bila korang selalu lepak sama-sama, atau selalu terserempak ke, mestilah dia akan terhidu wangian korang kan, and sampai satu masa dia akan kenal bau wangian yang korang guna. Tu akan jadi sebahagian daripada memori dia. Kalau secara kebetulan dia terhidu bau yang sama macam wangian korang tu, mesti dia akan berfikir 'eh, ni macam wangian si polan la,'. Haaaa..nampak tak macam mana wangian pun turut berfungsi dalam membantu usaha korang tu? Lagipun, tak kan la nak bau masam bila dengan crush kan.. Adeehh.. Satu lagi, jaga bau pernafasan ye. Kalau rasa-rasa dah macam bau bangkai tu, bawa-bawa la sedar diri pegi hilangkan bau mulut. Hehe..

...

Selesai bab-bab fizikal. Aku bagi dua tu je sebab dua ni la yang paling penting. Seterusnya, bab-bab sikap and peribadi diri.


3. Penyayang

Tak kira la, lelaki ke, pompuan ke, semua akan cair punya dengan sikap penyayang, lebih-lebih lagi kalau dengan budak-budak. Sebab si dia akan berfikir, 'mesti dia akan jadi seorang ayah yang baik,', 'mesti dia akan jadi seorang ibu yang baik,'. Secara tak langsung, kau bagi satu lagi point untuk menonjolkan diri kau. Kalau kau buat survey ciri-ciri pasangan idaman, point penyayang ni memang tak pernah tinggal.


4. Pandai berinteraksi dengan golongan orang-orang tua

Biasanya, si dia akan ter'impress kalau tengok skill-skill komunikasi kau dengan golongan makcik-makcik pakcik-pakcik ni. Kau kena bijak menyelit dan pilih topik yang sesuai untuk dibualkan. Contoh la kau singgah kat gerai tepi-tepi jalan, sementara tungu nasi kau siap dibungkus, ajaklah makcik tu borak-borak sikit. 'Makin panas la cuaca akhir-akhir ni kan, makcik?', 'Eh, makanan tinggal sikit je ni. Laku keras jualan, makcik,'. Pandai-pandai la kau cari ayat, yang penting senyuman jangan tinggal, bagi manis sikit. Hehe.. Mesti si dia akan berfikir, 'boleh jadi menantu mak ayah aku ni,'. Skill ni penting tau, lebih-lebih lagi kalau kau kat majlis keramaian. Waktu ni la kau patut menangkan hati dia.


5. Usaha konsisten

Last sekali, usaha. Tak apa la kalau kau takde duit nak bagi surprise itu ke, ini ke, yang penting kau sentiasa luangkan masa dengan si dia. Dia tak nak dengan kau? Tak payah stress sangat la, kalau kau chat dia tiap hari lama-kelamaan dia akan  cair jugak. Nanti bila kau tak chat dia, mesti dia akan tercari-cari kau. Trust me. Tapi jangan la pulak kau tak chat sampai dia dah mula lupakan kau. Haha.. Satu je nak cakap, effort yang kecil, tapi berpanjangan akan menerbitkan sedikit sayang dalam hati dia. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Ganbatte!

...

Ni je lah 5 checklist yang korang kena buat untuk menawan hati si dia. Semoga korang berjaya. Aku harap tips-tips ni digunakan untuk kebaikan, supaya ada la jugak pahala aku untuk ditimbang di kemudian hari. Sekian, wasalam..